Selasa, 8 Disember 2009

Hari Kiamat.Adakah Sama Seperti Filem 2012???

expr:id='"post-body-" + data:post.id'> Hari akhir atau Hari Kiamat,ialah hari yang pada saat itu seluruh alam semesta ini akan menjadi berubah keadaannya dan akan terjadilah berbagai peristiwa yang dahsyat lagi menakutkan.Dimana semua yang bernyawa akan mati,tidak adapun yang terselamat,tidak kira sehebat manapun,tetap akan mati juga.Kalau kita tengok,ramai juga manusia yang pergi kepanggung untuk menonton filem 2012 yang dikatakan gambaran suasana hari kiamat.Tengok sahaja boleh,tapi lau nak percaya tak boleh.Sebab semua manusia tidak boleh menggambarkan betapa hebatnya hari tersebut dan tidak boleh meramalkannya.Jangan jadikan filem tersebut sebagai contoh gambaran hari kiamat.Jangan taksub sangat dengan filem tersebut.Nanti terpesong dengan agama yang kita sayangi ini.Cerita itu juga menunjukkan yang bahawasanya manusia boleh menyelamatkan diri dengan menaiki kapal besar tersebut yang dibuat khas.Wahai saudaraku sekalian,didalam cerita tersebut,ianya boleh digambarkan hanya banjir besar yang berlaku keatas muka bumi ini,dan hanya beberapa permukaan yang tenggelam namun,hakikatnya kiamat sebenar adalah lebih besar lagi daripada itu.Selanjutnya,segenap manusia yang telah meninggal dunia akan dibangkitkan kembali dari kuburnya masing-masing,yakni diba'ats.Kepentingannya ialah untuk diberi balasan,ertinya jikalau baik amalnya sewaktu hidup didunia ini,maka balasannyapun baik,iaitu dapat memasuki syurga dan jikalau buruk amalnya sewaktu hidup didunia ini,maka balasannyapun buruk,iaitu akan dimasukkan ke dalam api neraka.Nauzubillahiminzalik.Semoga Allah S.W.T melindungi kita daripada seksa api neraka itu.
Adapun maksudnya beriman kepada Hari Kiamat itu ialah kita wajib mempunyai i'tikad dan keyakinan yang sebenar-benarnya,bahawa hari tersebut pasti akan terjadi,tanpa diragukan sama sekali.Hanya bila akan tibanya hari tersebut,tiada seorang manusiapun yang mengetahuinya.
Sekalipun Nabi Muhammad S.A.W ataupun Malaikat Jibril a.s jiga tidak mengetahuinya.Yang diketahui hanyalah tanda-tandanya dan hal ini ada dua alamat,iaitu alamat sughra(tanda-tanda kecil) dan alamat kubra(tanda-tanda besar).
Dalam bab Hari Kiamat ini,Allah S.W.T telah berfirman yang bermaksud:

"Demikianlah,bahawa sesungguhnya Allah itu adalah Yang Maha Benar dan bahawasanya Dia aldalah Maha Kuasa atas segala sesuatu.Juga bahawasanya saat Hari Kiamat itu akan datang,tidak perlu ada kesangsian lagi dalam mempercayainya itu dan bahawasanya Allah itu akan membangkitkan orang-orang yang ada di dalam kubur".
(Surah Al-Haj:Ayat 6-7)

Selain daripada itu,Allah S.W.T telah berfirman yang bermaksud:

"Katakanlah olehmu(wahai Muhammad),sesungguhnya orang-orang yang terdahulu dan orang-orang yang datang belakangan itu nescayalah akan dikumpulkan pada waktu datangnya Hari Kiamat yang telah dimaklumi(bahawa pasti akan tiba)".
(Surah Al-Waqi'ah:Ayat49-50)

Jadi selain menyakinkan dengan i'tikad yang mantap,bahawa Hari Kiamat itu pasti akan tiba,juga kita wajib meyakini bahawa alamat-alamatnya,baik yang kecil ataupun yang besar itupun pasti akan terjadi dan pula apa-apa yang akan dialami oleh seluruh makhluk setelah Hari Kiamat,itu juga wajib diyakini dengan sebenar-benarnya.

Alamat-alamat Hari Kiamat Yang Kubra Dan Yang Sughra:

Alamat-alamat atau tanda-tanda akan tibanya Hari Kiamat itu,dibahagi kepada dua,iaitu yang kubra(besar)dan ada yang sughra(kecil).
Yang disebut alamat sughra ialah yang menandakan bahawa Hari Kiamat itu sudah hampir tiba,tetapi masih akan lama waktunya dan yang disebut alamat kubra,ialah yang menandakan bahawa tibanya Hari Kiamat itu sudah amat dekat sekali.
Mengenai alamat-alamat sughra itu banyak,seperti:

1.Ilmu agama diangkat,ertinya kurang diperhatikan sekalipun oleh kaum Muslimin sendiri,sehingga akhirnya menjadi lenyap.
2.Kebodohan dalam hal-hal keagamaan sudah terang nyata dan jelas,ertinya sudah banyak yang tidak tahu oleh kebanyakkan manusia.
3.Perzinaan tersebar luas,malahan memperoleh izin negara secara rasmi.
4.Khamr,arak atau minuman keras diminum secara terang-terangan dan tanpa sembunyi-sembunyi lagi,sehingga seolah-olah bukan lagi merupakan larangan Allah S.W.T.
5.Bilangan orang lelaki kurang,kerana ada sebab yang bermacam-macam seperti,peperangan dan lain-lain.
6.Orang perempuan tetap banyak jumlahnya,sehingga perbandingan diantara seorang lelaki ialah lima puluh orang perempuan.
7.Orang perempuan amah(budak belian wanita)melahirkan tuannya sendiri,sebab ia dikawini oleh pemiliknya.
8.Orang yang telanjang kaki dan telanjang pula tubuhnya kerana ibarat sangat miskinnya,lagi pula bekerja sebagai pengembala kambing,tiba-tiba dapat menjadi raja atau pembesar negara.
9.Orang yang menggembala kambing (yakni asalnya miskin)berlumba-lumba didalam bangunan besar kerana kekayaannya.

Semua yang tersebut diatas itu dihuraikan dalam dua buah Hadis Nabi yang diriwayatkan oleh sahabat Abu Hurairah r.a.Masih banyak alamat-alamat sughra dan dapat kita periksa secara selengkap-lengkapnya dari kitab "Hadza Yaumuddin" atau "Inilah Hari Pembalasan",yang disusun oleh M.Abdai Rathomy.

Adapun alamat-alamat kubra itu ialah:

1.Terbitnya matahari dari arah barat.Jikalau ini telah terjadi,maka taubat seseorang tidak akan diterima lagi.Jadi samalah juga dengan taubat yang dilakukan oleh seseorang yang sudah sampai di lehernya.Bererti taubat orang yang semacam ini pun tidak diterima oleh Allah S.W.T.
2.Keluarnya suatu macam binatang yang aneh/pelik dari dalm bumi di waktu dhuha.Binatang itu dapat bercakap-cakap dengan orang ramai dan dapat memberi tanda kepada orang yang tidak beriman dengan tulisan kafir.Selain itu,ia memakai cincin Nabi Sulaiman a.s serta membawa tongkat Nabi Musa a.s.
3.Munculnya Imam Al-Mahdi r.a,namanya Muhammad bin Abdullah atau Ahmad bin Andullah dan masih termasuk dalam keluarga atau ahli baitnya Rasulullah S.A.W yakni dari keturunan Saiyidah Fatimah r.a.Budi pekertinya menyerupai benar kepada budi pekerti Nabi Muhammad S.A.W.,lebar dahinya,mancung hidungnya dan ia dapat berhasil memantapkan keadilan di atas permukaan bumi ini serta melenyapkan kezaliman.Selain dari itu ,ia juga meluruskan jalannya syari'at Islam dan menghidup-hidupkan sunnah Rasulullah S.A.W yang telah di tinggalkan,harta dunia meluap di zaman Imam Al-Mahdi itu.Akhirnya lalu bersama-sama dengan Nabi Isa a.s yang nantinya akan turun juga kebumi,untuk membunuh Dajjal laknat Allah.Setelah itu,Imam Al- Mahdi lalu wafatlah.Beliau berada di bumi selama tujuh tahun.
4.Keluarnya Al-Masih Dajjal(ertinya ahli dusta dan penipu besar)yang mengaku bahawa ia adalah Tuhan,mengajak kepada kekafiran terhadap Allah S.W.T,kepada orang ramai dan ia berkuasa mengeluarkan berbagai keanehan.Oleh sebab itu,ramai orang-orang yang tidak mempunyai kemantapan keimanan lalu orang-orang tersebut mengikuti ajakannya,tetapi bagi kaum Muslimin dan Mukminin akan tetap sahaja hati dan jiwanya.Akhirnya Dajjal itu dibunuh oleh Nabi Isa a.s.
5.Turunnya Nabi Isa a.s dari langit,iaitu ketika Dajjal masih sedang besar kekuasaan dan pengaruhnya.Beliau akan menjadi seorang hakim yang adil dan jujur,merosakkan semua batang salib kaum Nasrani,menyembelih babi-babi,melenyapkan pajak yang menandakan bahawa yang ada di permukaan bumi di kala itu hanyalah Agama Islam yang menjadi dasar negara,kerana di dalam negara Islam kaum Muslimin tidak perlu ditarik pajak apa pun lagi.Selain dari itu harta dunia meluap yang menyebabkan kehidupan masyarakat menjadi tenang dan tenteram.Masih banyak lagi sifat-sifat
Nabi Isa a.s itu dihuraikan dalam Hadis.Akhirnya setelah mati Dajjal itu,lalu Nabi Isa menetap di atas bumi selama tujuh tahun,dihitung mulai turunnya kebumi.
6.Keluarnya bangsa Ya'juj dan Ma'juj,iaitu yang pernah membuat kerosakan pada zaman Raja Zulkarnain.Oleh raja ini,kedua bangsa itu lalu ditutup dengan besi-besi yang merupakan dinding tinggi dan tebal.Didalam dinding itulah mereka terkurung.Tetapi,apabila Hari Kiamat telah dekat,tiba-tiba dinding yang kukuh kuat tadi runtuh dan kedua bangsa yang suka merosak itu lalu keluar dan membuat kerosakan lagi di mana-mana.
7.Timbulnya asap ayaupun mega yang mengenai orang Mukmin,lalu dirasakan seolah-olah terkena penyakit selsema(influenza),tetapi jikalau mengenai orang kafir lalu dapat menyebabkan ia mabuk gentayangan dan asap itu keluar dari hidungnya,kedua matanya,kedua telinganya dan bahkan juga dari duburnya.
8.Rosaknya Ka'bah atau Baitullah.Adapun yang merosakkannya itu ialah orang Habsyi,tempang sebelah kakinya,biru warna kedua matanya, dan besar perutnya.Ini adalah kepala dari kaum perosak Ka'bah itu,Adapun kawan-kawannya yang merosakkan Ka'bah itu ialah dengan mencabut batu-batu satu demi satu,kemudian dibuangkan ke lautan.
9.Lenyapnya Al-Quran dari mashhaf dan hati ummat manusia.Maksudnya ialah bahawa tulisannya telah hilang,dan tidak seorangpun yang ingat lagi akan bunyinya.Akhirnya tidak ada lagi orang yang tahu,apa yang disebut solat,puasa,ibadat,sedekah dan lain-lain lagi.
10.Orang-orang seluruh alam semesta ini menjadi kafir semua dan inilah sebagai penutup dari seluruh alamat kubra.


Jadi selama dibumi,masih ada seorang sahaja yang mengaku dirinya Muslim,selagi masih ada orang yang menyebut nama "Allah S.W.T",maka pastilah Hari Kiamat belum akan terjadi.Mlahan didalam satu hadis dijelaskan bahawa Allah S.W.T itu memerintahkan kepada Malaikat Israfil a.s,supaya menunda dulu peniupan sangkakala selama empat puluh tahun,apabila masih ada orang-orang mengucapkan "Allah,Allah".
Dan setelah itu barulah Hari Kiamat tiba.
Perlu kita maklumi bahawa seseorang yang justeru masih hidup di saat tibanya Hari Kiamat itu,maka pastilah akan mengalami kesengsaraan dan penderitaan luar biasa dahsyatnya dan orang tersebut tentulah orang yang buruk amalannya,sebab lafaz "Allah"sahaja tidak dapat menyebutkannya.
Semoga kita semua diselamatkan oleh Allah S.W.T dari mara bahaya dunia dan akhirat.Aminnnnn.Waallahu'alam.(Bersambung)

"MEMBANGUN BERSAMA ISLAM"
"TAKBIR!!!ALLAHUAKHBAR!!!"

1 ulasan:

iyan1982 berkata...

thanks for sharing good articel agar setiap orang tidak ada dalam kesesatan Allahu Akbar

Kesihatan

Penyakit Berkaitan Rokok:

1.Pelbagai barah seperti paru-paru,rongga mulut,esofagus,pankreas,pundi kencing dan buah pinggang.
2.Penyakit saluran penafasan kronik seperti bronkitis kronik,emfisima,asma bronkial dan bronkiektasis.
3.Tekanan darah tinggi,serangan sakit jantung dan angin ahmar.
4.Mudah terkena batuk kering,Hepatitis B,radang paru-paru.
5.Ulser peptik dan gastritis.
6.Penyakit kulit seperti ekszema.
7.Penyakit mata yang boleh menyebabkan buta seperti katarak dan degenerasi makular pada selaput retina.
8.Penyakit tulang.
9.Rambut cepat berubang.
10.Kulit cepat berkedut.
11.Luka lambat sembuh.
12.Tenaga kelamin berkurangan terutama lelaki.
13.Kesuburan berkurangan.
14.Menjejaskan perkembangan janin dalam kandungan ibu yang merokok atau terdedah kepada asap rokok.
15.Kanak-kanak yang terdedah kepada asap rokok boleh menjejaskan perkembangan intelektual.
16.Wanita yang terdedah dengan asap rokok cepat putus haid.

Kesihatan

Senarai Ini Boleh Mendorong Anda Untuk Tidak Merokok::

1.Hidup lebih lama.
2.Mencegah penyakit.
3.Kulit lebih sihat.
4.Melindungi orang lain.
5.Anak-anak lebih sihat.
6.Menjadi teladan yang baik.
7.Melindungi alam sekitar.
8.Meningkatkan kecergasan.
9.Meningkatkan deria rasa dan bau.
10Lebih sihat.
11.Gigi lebih putih.
12.Rambut dan pakaian tidak berbau.
13.Kesuburan meningkat.
14.Menjimatkan wang.
 
;